|
Upko, PBS dan kedudukan KDM
KHAMIS, 4 MAC 2004 2004 (Source: HARIAN EXPRESS)
SAYA
merujuk kepada dakwaan Ketua Penerangan PBS, Hanrynus bahawa "Upko tidak
memonopoli sokongan etnik, dan kerana itu,ia tidak mempunyai asas untuk meminta
semua kerusi di kawasan yang didominasi oleh Kadazandusun dan Murut (KDM) pada
pilihanraya ini."
Apakah
kriteria pemilihan yang akan digunakan? Apakah sebenarnya yang kita maksudkan
dengan parti KDM dan parti berasaskan KDM.
Rakyat
nampaknya keiru. Sebagai pasokmomogun berbangsa Rungus, saya percaya sudah tiba
masanya untuk KDM berfikir dan memutuskan secara objektif halatuju masyarakat
itu.
Kita
mesti mempunyai visi yang jelas dan menentukan satu strategi yang berkesan untuk
mencapainya selaras dengan Wawasan 2020. Tidak dinafikan, visi masyarakat KDM
sepatutnya ialah muncul sebagai sebuah bangsa maju menjelang 2020.
Oleh
kerana penyertaan mereka dalam oplitik juga penting dalam proses pembangunan,
kriteria terpenting ialah parti yang mampu menjadikan masyarakat itu menjadi
bangsa maju menjalang 2020?
Dompok
membuat dakwaan itu semata-mata kerana masa depan KDM sedangkan dakwaan PBS
dibuat berdasarkan ststistik sejarah, yakini keputusan pilihanraya 1999.
Hanrynus
sering memetik keputusan pilihanraya 1999. kenapakah anda begitu angkuh
mengatakan PBS memenangi 17 kerusi pada pilihanraya itu? Pada pilihanraya itu,
"produk" anda ialah "Sabah untuk rakyat Sabah," dan sentimen
anti-kerajaan. Anda memberi harapan tinggi kepada rakyat bahawa PBS pasti akan
kembali berkuasa di Sabah. Malangnya, PBS tewas kepada BN.
PBS
tidak akan dapat menjual 'produk' ini pada pilihanraya akan datang ini.
Dengan lain perkataan, PBStidak boleh menuntut kesemua 17 kerusi ini kerana ia
ketika berada di barisan pembangkang. Hakikatnya, ketika PBS kembali ke pangkuan
BN, itu bermakna PBS sudah tewas dalam perjuangannya. Ia juga membuktikan bahawa
pemimpin-pemimpin Upko membuat keputusan yang tepat keran menyertai BN sejak
dari awal.
Seterusnya,
parti mana yang mampu embangunkan KDM? Jawapannya sudah tentulah Upko,
sekurang-kurangnya dilihat dari sudut perjuangan dan pencapaiannya setakat ini.
Selain
namanya, perjuangan Upko juga dinyatakan dengan jelas di dalam perlembagaan
parti.
Aktiviti
dan pencapaiannya begitu konsisten dan menggalakkan.
Yayasan
Bahasa Kadazandusun, Indep, Dewan Perniagaan Kadazandusun dan Industri,
penyenaraian KDM dalam OPP3, dan kerusi KDM di UMS adalah adalah sebahagaian
daripada pencapaian itu.
Kenapa
semua perkara ini tidak dapat dilakukan ketika PBS berada di Kemuncak.
Jawapannya
mudah. PBS bukan diwujudkan untuk KDM.
Jika
kita mengimbas kongres tahunan PBS sejak 19 tahun lalu, contohnya, kita akan
didapati bahawa kepentingan KDM tidak pernah dibincang.
Dalam
hubungan ini, bagaimana PBS boleh mewakili KDM?
Upko
juga direkabentuk untuk menjadi sebiuah parti KDM yang hakiki kerana dalam
strukturnya, ia hanya memiliki seorang Timbalan Presiden dan siapa yang
tergolong sebagai KDM.
Struktur
ini akan memastikan kesinambungan kepimpinan KDM dalam Upko.
Bagaimana,
dalam PBS tidak ada jaminan bahawaKDM akan menjadi Presiden pada masa depan.
Masih ingat apa yang berlaku kepada Akar?.
sesetengah
orang menggunakan parti berasaskan KDM bagi merujuk Upko, PBS dan PBRS. Apakah
sebenarnya yang kita maksudkan dengan parti berasaskan KDM?
Hanya
kerana presiden parti ialah KDM? Bagaimana pula dengan Umno, bolehkah kita
menganggap ia sebagai parti berasaskan KDM hanya kerana ada KDM dalam Umno?
Pada
saya, tidak ada apa yang dirujuk sebagai parti berasaskan KDM. Kita hanya ada ,
sama ada parti KDM atau parti bukan-KDM.
Untuk
memastikan perkara ini, kita perlu meneliti perlembagaan, perjuangan, ahli,
pencapaian visi dan kutamaan sesebuah parti itu,
Ironinya,
Masidi Manjun sendiri berkata bahawa tiada parti komponan BN boleh mendakwa
bahawaia mewakili KDM. Kenyataan itu dapat difahami dengan melihat kepada kepada
kepentingan politik dan kedudukannya bila mana Tun Dr Mahathir sendiri
mengiktiraf Upko sebagai satu-satunya parti KDM.
Upko
adalah harapan generasi KDM dimasa hadapan, eeloknya, kita berilah mereka
peluang.
PENGANALISA
KDM
Tandek
|