|
Kalau begitu kenapa PBS kembali
kepada BN
Sunday, March 14, 2004 (Source:
Daily Express)
SAYA merujuk kepada " PBS:
Upko Failed To Deliver The Last Time (DE 26 January). Dalam Setiap kenyataan
politiknya, Henrynus akan menggambarkan PBS sebagai parti tempatan yang paling
unggul. Kalaulah apa yang dikatakannya itu betul, apa perlunya PBS menyertai
semula BN?
Dari sudut politik, tiada satu parti
pun yang akan menyertai BN jika ia yakin akan dapat membentuk kerajaan. Mereka
sepatutnya bergerak sendirian. Lagi pun, PBS memang terkenal dengan sikap
tamaknya sejak dari awal lagi.
Ketika Henrynus berkata UPKO gagal
menepati kehendak, beliau tentu lupa bahawa dia sendiri adalah calon PBS yang
tewas di Ranau.
Memang lazimnya bagi mana-mana
pengikut politik seperti Henrynus ini untuk mendabik dada mengenai kehebatan PBS
kerana mereka ini perlu mengambil hati ketuanya.
PBS sudah kehilangan kredibilitinya.
Jika ia tidak menyertai semula BN ia mungkin menunggu masa yang sesuai untuk
ditendang keluar atau menutup kedai.
Cawangan PBS Tompios berkecai
berikutan "penghijrahan" beramai-ramai anggotanya untuk menyertai UPKO. Khabar
angin semakin kuat kedengaran mengenai lebih ramai pengerusi dan ahli cawangan
PBS akan mengalihkan sokongan mereka kepada Umno.
Oleh kerana Henrynus memegang
jawatan kanan dalam PBS, bukanlah wajar untuk dia memimpin bahagian Paginatan
atau Karanaan? Malangnya itu pun tidak dapat lakukan.
Pada pilihanraya tahun 1999,
Henrynus kalah teruk oleh Siringan Gubat dari UPKO. Dan pada pilihanraya
Parlimen Kinabalu pada tahun yang sama, calon PBS Janimin Saliun tewas kepada
Dompok, Presiden UPKO dengan kelebihan 5,000 undi.
Pairin tidak dapar menyembunyikan
rasa aibnya kerana hanya mampu menang dengan majoriti 250 undi di kawasan yang
didominasi oleh KDM di Keningau pada pilihanraya Parlimen yang lepas.
Berdasarkan semua hakikat ini,
kenapakah Henrynus masih begitu yakin bahawa PBS menikmati sokongan rakyat?
PBS mendapat sebahagian daripasa
kekuatannya hanya selepas dia kembali kepada UMNO. Ini tidak dapat dinafikan,
tapi mereka tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mendakwa mereka kuat. Semua
orang tahu bahawa motif sebenar mereka menyertai semula BN hanyalah untuk
menyelamatkan beberapa individu tertentu.
Mengenai Dompok yang bertanding di
Kerusi Kinabalu meskipun dia kalah dari Penampang, Henrynus perlu diingatkan
bahawa itu adalah keputusan mantan PM Tun Dr. Mahathir.
Agak pelik kenapa Henrynus tidak
bertanya kepada Presidennya kenapa Maximus dicalonkan di Tandek dan Bandau
sedangkan dia berasal dari Tambunan.
Ketika merasmikan kongres UPKO tahun
lalu, Mahathir mengumumkan bahawa UPKO adalah satu-satunya parti politik yang
mewakili masyarakat KDM.
Berdasarkan pengiktirafan ini, semua
kerusi dikawasan yang majoritinya adalah KDM wajar diberi kepada UPKO, tidak
kira apa jua alasan PBS.
Dr Mahathir juga dijemput oleh
Pairin untuk merasmikan kongres PBS tahun lalu, tapi tidak ada pun disebut
secara khusus apa peranan yang boleh dimainkan oleh PBS.
JAINUDIN WAHAB
Ranau
|