|
Kongres Kelapan UPKO dengan tema "PENDIDIKAN
PENJANA WAWASAN" telah diadakan pada 12
Julai hingga 13 Ogos bertempat di Dewan Tun
Fuad Stephens Penampang, telah meluluskan
tujuh usul iaitu:-
USUL 1: USUL PEMANTAPAN UPKO
1. Menyedari hakikat bahawa Upko merupakan
satu-satunya partibukan sahaja di Malaysia
tetapi di dunia, khusus untuk memperjuangkan
maruah, nasib dan masa depan rumpun bangsa
Pasokmomogun Kadazandusun Murut.
2. Menyedari hakikat bahawa sebahagian besar
rumpun Bangsa Pasokmomogun Kadazandusun
Murut telah menerima hakikat perjuangan
murni Upko.
3. Menyedari hakikat bahawa sabahagian besar
rumpun Bangsa Pasokmomogun Kadazandusun
Murut menyedari kepentingan untuk bangsa ini
diwakili oleh satu pertubuhan parti khusus
untuk memperjuangkan maruah, nasib dan masa
depan.
4. Menyedari hakikat juga bahawa kepimpinan
negeri dan negara termasuk Perdana Menteri
telah mengiktiraf teras dan ideologi
perjuangan Upko.
5. Menyedari hakikat bahawa masih ada lagi
di kalangan Bangsa Pasokmomogun Kadazandusun
Murut sendiri was-was dengan keluhuran dan
keikhlasan kita dalam memperjuangkan nasib
dan masa depan bangsa.
6. Menyedari hakikat juga bahawa parti telah
menunjukkan kejayaan dan keberkesanannya
dalam memperjuangkan nasib Bangsa
Pasokmomogun Kadazandusun Murut seperti
pengajaran bahasa Kadazandusun di
sekolah-sekolah kerajaan, penubuhan Yayasan
Bahasa Kadazandusun, penubuhan KCCI, berjaya
mempromosikan Pesta Kaamatan sehingga
dirayakan di peringkat nasional dan banyak
lagi.
7. Menyedari hakikat bahawa kemantapan dan
keberkesanan Upko dalam memperjuankan nasib
dan masa depan bangsa serta menyumbang dalam
pembinaan Negara bangsa adalah bergantung
kepada kualiti dan bilangan wakil-wakil Upko
dalam kerajaan umpamanya wakil-wakil rakyat.
Berdasarkan hakikat dan kesedaran ini dan
untuk memantapkan lagi Upko dalam usaha
memperjuangkan nasib dan masa depan rumpun
bangsa Pasokmomogun Kadazandusun Murut,
Persidangan ini meluluskan USUL PEMANTAPAN
PARTI UPKO seperti berikut:-
(a) Minta pucuk pimpinan Upko supaya
memperbanyakkan lagi penubuhan kelab-kelab
Upko di luar negeri di mana ada bangsa
Pasokmomogun Murut.
USUL KE 2: USUL PEMANTAPAN KERAJAAN BRISAN
NASIONAL
1. Menyedari dan menerima hakikat bahawa
bilangan kawasan-kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) di Sabah yang mempunyai
majoriti pengundinya daripada bangsa
Pasokmomogun Kadazandusun Murut setakat ini
hanyalah 13 daripada 48 kerusi sahaja
berbanding dengan 27 kerusi bagi bumiputera
Islam.
2. Menyedari hakikat bahawa perlantikan
dalam jawatan-jawatan lantikan politik
termasuklah kakitangan-kakitangan di Unit
Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR); Ahli-ahli
Majlis Daerah dan Ahli-ahli Majlis
Perbandaran; Mahkamah Anak Negeri seperti
Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua
Anak Negeri dan Ketua Kampung; dan Pengerusi
JKKK amat ketara di mana majoriti mereka
adalah ahli-ahli komponen Barisan Nasional
tertentu sahaja. Tambahan pula, ada kalanya
di mana orang yang idlantik sebagai di
kawasan majoriti penduduknya bangsa
Pasokmomogun Kadazandusun Murut ialah kaum
lain pula. Ini merumitkan keadaan dan
menimbulkan pergeseren di antara parti dan
kaum. Ini melemahkan semangat perpaduan dan
kerjasama dalam Kerajaan Barisan Nasional.
3. Menyedari hakikat bahawa pihak Kerajaan
tidak prihatin bahkan membelakangkan
perlantikan Ketua Anak Negeri daripada kaum
bumiputera bukan islam untuk membela adat
dan budaya bangsa Pasokmomogun Kadazandusun
Murut yang minoriti di beberapa kawasan di
Sabah. Ini menimbulkan kesan perasaan tidak
puas hati dan benci terhadap Kerajaan
Barisan Nasional.
4. Menyedari hakikat bahawa tindakan
pengagihan dan perlaksanaan projek kerajaan
di peringkat Dewan UNdangan Negeri (DUN)
terutamanya di kawasan-kawasan di mana Wakil
Rakyatnya bukan Upko tidak adil. Malahan,
ahali-ahli parti Upko seringk diketepikan,
walaupun ada juga di antara mereka yang
layak dengan memiliki lesen-lesen kontrak
yang berkenaan. Keadaan ini menimbulkan
perasaan tidak puas hati kepada pihak
kerajaan dan perti berkenaan. Juga, ia
melemaskan semangat ahli-ahli parti terhadap
kewibawaan Upko.
5. Menyedari hakikat bahawa pertindihan
keahlian parti di kalangan parti-parti
komponen Barisan Nasional semakin ketara.
Ini menyebabkan seseorang itu mempunyai
lebih daripada satu keahlian parti pada satu
masa. Oleh itu, maklumat tentang bilangan
keahlian sesebuah parti komponen pada
bila-bila masa tidak teratur dan salah. Ini
menimbulkan masalah apabila sesuatu parti
komponen itu memanipulasikan angka keahlian
parti itu sebagai alasan kekuatannya dan
meminta kawasan tertentu sebagai kuotanya.
Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas
hati terhadap Kerajaan Barisan Nasional.
6. Menyedari hakikat bahawa perlaksanaan
menambahkan bilangan kawasan DUN di Sabah
akan berlaku tidak lama lagi. Dikhuatiri di
mana pembahagian kawasan untuk bangsa
Pasokmomogun Kadazandusun Murut tidak diberi
agihan yang adil dan Barisan Nasional
senidri akan terjejas dan yang rugi sekali
ialah bangsa Pasokmomogun Kadazandusun
Murut.
Berdasarkan kesedaran dan penerimaan
hakikat-hakikat ini dan untuk memantapkan
lagi Kerajaan Barisan Nasional, maka
Persidangan ini meluluskan Usul PEMANTAPAN
KERAJAAN BARISAN NASIONAL seperti berikut:
(a) Meminta kerajaan melalui pucuk pimpinan
Upko supaya segala perlantikan dalam
jawatan-jawatan lantikan poliyik dibuat
dengan mengambilkira agihan perwakilan bagi
setiap parti komponen yang ada di kawasan
itu. terutamanya di mana parti Upko wujud.
(b) Meminta kerajaan melalui pucuk pimpinan
Upko Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri
daripada Bumiputera Bukan Islam dilantik di
kawasan-kawasan yang memerlukan perwakilan
mereka seperti Sandakan dan Kota Marudu.
(c) Meminta Kerajaan Barisan Nasional
melalui pucuk pimpinan Upko supaya
pengagihan perlaksanaan projek kerajaan
dibuat secara adil kepada semua komponen
Barisan Nasional di kawasan berkenaan.
(d) Memnita Ibu Pejabat Barisan Nasional
supaya memberi peruntukan untuk membeli
kemudahan komputer dan lain-lain keperluan
asas yang digunakan dalam gerakan menyelesai
pertindihan keahlian parti bagi setiap parti
Komponen Barisan Nasional di Sabah.
USUL KE-3 : USUL PENDIDIKAN
1. Menyedari hakikat bahawa pendidikan
merupakan teras kemajuan dan pembangunan
individu, bangsa dan negara.
2. Menyedari hakikat bahawa Kerajaan
Persekutuan amnya hendak menjadikan negara
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan di rantau ini dan seterusnya
Kerajaan Negeri untuk Sabah.
3.
Menyedari hakikat bahawa parti-parti politik
perkauman yang terbesar di Malaysia seperti
UMNO, MCA dan MIC telah mendapat sokongan
daripada pihak Kerajaan Pusat untuk
mewujudkan institusi-institusi pengajian
tinggi swasta (IPTS) di mana-mana negeri di
Malaysia, termasuklah Sabah sebagai
sumbangan mereka terhadap pembangunan bangsa
dan negera dan seterusnya juga meningkatkan
imej parti.
4. Menyedari hakikat bahawa betapa
pentingnya pendidikan dalam pembangunan
sumber manusia dan pembasmian kemiskinan di
kalangan bangsa Pasokmomogun Kadazandusun
Murut.
5. Menyedari hakikat bahawa melalui
pendidikan bangsa Pasokmomogun Kadazandusun
Murut akan lebih berkeyakinan dan berdaya
saing untuk mencapai kemajuan dalam bidang
perindustrian dan perdagangan supaya dapat
membangunkan ekonomi negara bersama-sama
dengan bangsa lain yang sudah maju di negara
kita.
6. Menyedari hakikat bahawa bilangan bangsa
Pasokmomogun Kadazandusun Murut yang
berkerja di institusi-institusi pengajian
tinggi termasuklah Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) masing-masing
kekurangan kakitangan daripada rumpun bangsa
Pasokmomogun Kadazandusun Murut.
7. Menyedari hakikat bahawa sumber
pembiayaan kewangan untuk melanjutkan
pelajaran ke institusi-institusi pengajian
tinggi mahupun sekolah-sekolah teknik dan
kemahiran adalah susah bagi kebanyakan orang
Pasokmomogun Kadazandusun Murut.
Berdasarkan hakikat dan kesedaran ini dan
untuk mempertingkatkan lagi peluang-peluan
pembelajaran bagi bangsa Pasokmomogun
Kadazandusun Murut, maka Persidangan ini
meluluskan USUL PENDIDIKAN seperti berikut:
(a) Minta pucuk pimpinan Upko untuk
menubuhkan Kolej yang dimiliki sepenuhnya
oleh parti Upko di mana kemasukannya adalah
terbuka kepada semua golongan masyarakat,
termasuklah rumpun bangsa Pasokmomogun
Kadazandusun Murut; dan
(b) Minta supaya pucuk pimpinan Upko
menubuhkan satu Yayasan Pendidikan Kinabalu
yang berdaftar untuk kebaikan anak-anak
bangsa Pasokmomogun Kadazandusun Murut.
USUL KE-4: USUL BAHASA
1. Menyedari hakikat bahawa bahasa jiwa
banga; hilang bahasa lenyaplah bangsa.
2.
Menyedari hakikat bahawa kerajaan telah
menerima permintaan Upko supaya bahasa
Kadazandusun diajar di sekolah-sekolah
kerajaan dan kini sebanyak 450 buah sekolah
sedang mengajar Bahasa Kadazandusun di
Sabah.
3. Menyedari hakikat bahawa sesungguhnya
jika penulisan-penulisan dan penyelidikan
dalam dialek Bunduliwan tidak dijalankan
maka pelajaran Bahasa Kadazandusun di
sekolah akan menghadapi masalah pada masa
akan datang.
4. Menyedari hakikat bahawa Yayasan Bahasa
Kadazandusun telah ditubuhkan oleh Upko
untuk menerajui usaha untuk pembangunan
Bahasa Kadazandusun.
5. Menerima hakikat bahawa Upko sewajarnya
akan terus memainkan peranan proaktif untuk
memangkin usaha kerajaan dan badan-badan
bukan kerajaan dalam usaha pembangunan
Bahasa Kadazandusun.
6. Menerima hakikat bahawa Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah sedang menghadapi
masalah kekurangan kakitangan yang sesuai
untuk menerajui pembangunan Bahasa
Kadazandusun di peringkat jabatan dan
sekolah.
7. Menyedari hakikat bahawa anak-anak bangsa
Pasokmomogun Kadazandusun Murut kini semakin
lama semakin berkurangan yang pandai dan
fasih bertutur dalam bahasa ibunda
masing-masing, maka amatlah penting supaya
anak-anak kita dapat belajar bertutur dan
menulis dalam bahasa ibunda kita dengan
sempurna.
8. Menerima hakikat bahawa pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Kadazandusun di
sekolah-sekolah kerajaan sekarang
dilaksanakan hanya sebagi Bahasa Ibunda atau
‘ Pupils own Language’ pada masa di luar
jadual biasa sekolah.
9. Menerima hakikat bahawa kualiti
pemyampaian Bahasa Kadazandusun di Radio
melalui RTM masih pada tahap yang rendah di
mana sebutan perkataan dan istilah yang
digunakan seolah-olah dibuat secara
sembarangan atau alah kadar, ‘asal ada’.
Berdasarkan hakikat dan kesedaran ini, maka
Persidangan ini meluluskan USUL BAHASA
seperti berikut:
(a) Pucuk pimpinan Upko Pusat meminta supaya
Yayasan Bahasa Kadazandusun memperbanyakkan
lagi penyelidikan dan penulisan bahan bacaan
terutamanya dalam dialek Bunduliwan dengan
tujuan memperbanyakkan lagi bahan bacaan di
sekolah-sekolah seperti yang dikehendaki
oleh Jabatan Negeri Sabah.
(b) Pucuk pimpinan Upko Pusat mencadangkan
kepada Kementerian Pendidikan supaya semua
sekolah di negeri Sabah akan mengajar Bahasa
Kadazandusun pada tahun 2003 dan oleh itu
peruntukan yang mencukupi dimasukkan dalam
Belanjawan Persekutuan pada tahun 2003 dan
tahun-tahun seterusnya.
(c) Pucuk pimpinan Upko pusat mendapat
persetujuan daripada pihak Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah supaya memberi
keistimewaan kepada Yayasan Bahasa
Kadazandusun (KLF) untuk mengendalikan
penerbitan buku-buku bacaan dalam Bahasa
Kadazandusun sesuai dengan kehendak semua
peringkat silabus pengajaran dan
pembelajaran bahasa ini.
(d) Pucuk pimpinan Upko Pusat minta Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah melantik
pegawai-pegawai yang benar-benar
berkelayakan dan komited untuk mentadbir dan
mengurus perkembangan pembelajaran Bahasa
Kadazandusun di sekolah-sekolah kerajaan.
(e) Pucuk pimpinan Upko Pusat minta pihak
kerajaan supaya masa pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Kadazandusun di
sekolah-sekolah kerajaan dimasukkan dalam
jadual pengajaran biasa; bukan sebagai
tambahan atau seperti kokurikulum sahaja.
(f) Pucuk pimpinan Upko Pusat mengambil
langkah yang positif terhadap peningkatan
dan penyempurnaan kualiti penghantaran
Bahasa Kadazandusun di Radio, RTM melalui
tindakan Yayasan Bahasa Kadazandusun sebagai
badan pembimbing dan penapis.
USUL KE-5; USUL EKONOMI
1. Menyedari hakikat bahawa tanah merupakan
salah satu daripada modal terppenting dalam
pembangunan ekonomi.
2. Menyedari hakikat bahawa masih banyak
tanah yang dipunyai oleh anak negeri
(Pasokmomogun) pada status pemilikan melalui
Hak Tanah Adat (Native Customary Rights
(NCR)) dan belum mempunyai geran maka dengan
itu nilai ekonominya rendah.
3. Menyedari hakikat bahawa terlalu banyak
masalah timbul berhubung dengan permohonan
tanah seperti permohonan bertindih dan
lain-lain dan juga terdapat pihak-pihak
tertentu yang tidak bertanggungjawab sering
memperalatkan isu-isu tanah ini untuk
kepentingan politik.
4. Menyedari hakikat bahawa polisi Kerajaan
yang tidak meluluskan permohonan dan
pembangunan tanah yang berkecuraman 25% ke
atas telah merugikan pemohon-pemohon tanah
terutamanya kepada bangsa Pasokmomogun
Kadazandusun Murut yang kebanyakkannya
tinggal di sebelah pedalaman dan kawasan
yang bergunung-ganag.
Berdasarkan kesedaran hakikat ini dan untuk
membela nasib dan masa depan ekonomi bangsa
Pasokmomogun Kadazandusun Murut, maka
Persidangan ini meluluskan USUL EKONOMI
seperti berikut:
(a) Kerajaan mengambil langkah-langkah
segera untuk mempercepatkan proses
permohonan tanah termasuklah memproses
borang permohonan, kelulusan Jawatankuasa
Penggunaan Tanah atau Land Utilisation
Committee (LUC), pengeluaran Surat
Penyukatan (SP), perlaksanan penyukatan dan
seterusnnya pengeluaran geran. Antara
langkah yang perlu diambil ialah mengadakan
mesyuarat LUC yang lebih kerap daripada yang
ada sekarang. Juga, menambah kakitangan di
Jabatan Tanah dan Ukur yang trelibat dalam
pemprosesan permohonan tanah.
(b) Kerajaan khususnya Majlis Hal Ehwal Anak
Negeri Sabah supaya mengkaji
semula syarat-syarat Tanah Perkampungan Anak
Negeri agar ia dapat dibangunkan secara
Komersil untuk meningkatkan ekonomi
Bumiputera Anak Negeri Sabah atau
Pasokmomogun.
USUL KE-6: USUL KEBUDAYAAN
1. Menyedari dan menerima hakikat bahawa
sistem nilai-nilai hidup dan budaya bangsa
Pasokmomogun Kadazandusun Murut mempunyai
elemen-elemen yang mungkin menjadi
faktor-faktor penghalang kepada pembangunan
dan kemajuan masyarakat kita. Umpamanya,
tanggapan terhadap budaya hidup bangsa kita
yang sering dikaitkan dengan mudah puas
hati, kedudukan “cukup makan” dan kejayaan
sederhan sahaja.
2. Menerima hakikat bahawa mentaliti, sikap
atau budaya keusahawanan dan perdagangan
bangsa Pasokmomogun Kadazandusun Murut
secara majoriti masih pada tahap yang kurang
berdaya saing dan kurang memuaskan
berbanding dengan bangsa lain yang sudah
maju.
3. Menyedari dan menerima hakikat bahawa
amalan dan perhatian terhadap mitatabang
atau gotong-royong kelihatan sekamin
berkurangan atau luntur terutamanya di
kalangan generasi muda.
4. Menerima hakikat bahawa kesan-kesan
negatif berhubung dengan kemasukan
unsur-unsur barat akibat proses globalisasi
semakin menjadi terutamanya di kalangan
generasi muda masyarakat kita.
5. Menyedari dan menerima hakikat juga
bahawa penggunaan bahasa ibunda rumpun
bangsa Pasokmomogun Kadazandusun Murut
khususnya di kalangan generasi muda semakin
ketara.
Berdasarkan kesedaran dan penerimaan
hakikat-hakikat ini dan sejajar dengan
keberkesanan Upko untuk berjuang membangun
dan mempromosi bahasa, kebudayaan, dan
sistem nilai-nilai murni, maka Persidangan
ini meluluskan USUL KEBUDAYAAN seperti
berikut:
(a) Minta pucuk pimpinan Upko mengadakan
FORUM KHAS yang bertujuan untuk
mengetengahkan isu-isu dan elemen-elemen
yang baik dan kurang baik yang terdapat
dalam sistem nilai-nilai dan budaya bangsa
Pasokmomogun Kadazandusun Murut agar segala
yang baik diterima dan kalau boleh
diperhaluskan lagi dan yang kurang baik itu
difahami dan dibuat sempadan nanti.
Forum Khas ini haruslah dianjurkan sekerap
mungkin dan berterusan .
"PENDIDIKAN PENJANA WAWASAN" |