Kongres UPKO
kali ke-7 dengan ini meluluskan USUL POLITIK iaitu Kerajan Persekutuan harus
menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipanggil “ Royal Commission of
Enquiry” atau Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat sindiket
pengeluaran kad pengenalan palsu dan kewujudan pengundi hantu dan seterusnya
membuat syor bahawa Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya adalah dibersihkan
daripada pengundi hantu secara menyeluruh di negeri Sabah.
Usul ini
adalah perlu atas sebab-sebab berikut:-
-
Sejak
1972, Sabah telah dibanjiri oleh pendatang-pendatang tanpa izin daripada
Filipina dan Indonesia. Bilangan mereka yang beratus-ratus ribu di Sabah
adalah “time bomb” dan apabila ia meletup maka rakyat Malaysia di
Sabah akan menjadi pelarian di tempat sendiri. Kehadiran mereka di Sabah
telah dan akan sentiasa mengancam keselamatan negara dan rakyatnya dan
membawa padah kepada kesejahteraan dan pembangunan sosial di Sabah.
-
Umum
jugamengetahui bahawa ramai daripada mereka (kalau bukan majoriti)
mempunyai kad pengenalan Malaysia. Kita masih ingat melalui akhbar tidak
lama dahulu bahawa ahli kumpulan Abu Sayyaf yang pernah tinggal di Sabah
pun mempunyai kad pengenalan Malaysia. Kerap kali juga kita terdengar
bahawa ramai daripada mereka ini disabitkan di mahkamah atas kesalahan
memiliki kad pengenalan palsu. Rakyat melihat bahawa malapetaka ini
terbiar begitu lama tanpa tanda-tanda penyelesaian yang konkrit dan cepat.
Pensabitan mereka di Mahkamah adalah cuma satu “legal redress” kerana
dibuat secara “case to case basis” dan oleh itu ia tidak dapat
menyelesaikan malapetaka ini secara menyeluruh. “Level of tolerance
daripada Kerajaan Persekutuan danrakyat juga dilihat seolah-olah terlalu
tinggi.
-
Sejak
kemasukan mereka ke Sabah dari tahun tujuh puluhan dahulu rakyat di Sabah
mula nampak bahawa jika masalah ini tidak dibendung maka lambat laun
mereka akan menjadi rakyat Malaysia dengan cara yang tidak sah.
Lebih-lebih lagi ada puak-puak tertentu di Sabah yang disebabkan mahu
supaya satu-satu kaum (dan agama) mendominasikan politik di Sabah maka
mereka sanggup dan ingin supaya mereka ini menjadi rakyat Malaysia. Ini
sangat menggerunkan, buku “Harris Salleh of Sabah” oleh Paul Rafale
jelas mendedahkan perkara ini.
-
Rakyat di
Sabah lebih menjadi takut lagi apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu,
Datuk Muhammad Kamil Awang mengistihyarkan pada 8hb Jun 2001 bahawa
keputusan Pilihanraya bagi kawasan Likas pada bulan Mac 1999 adalah batal
dan tidak sah kerana pengundi hantu wujud dalam daftar pemilih. Sudah
tentu pengundi hantu ini adalah juga pemegang kad pengenalan palsu.
USUL
KEDUA [USUL
PERKHIDMATAN AWAM]
Kongres Upko kali Ke-7 dengan ini meluluskan usul Perkhidamatan Awam iaitu
kerajaan hendaklah mengamalkan sistem kouta 4:4:2 apabila ia membuat
pengambilan kakitangan (recruiment exercise) dan kenaikan pangkat (promotion
exercise) di dalam perkhidamatan awam dan badan berkanun di negeri Sabah iaitu
4 bagi bumiputera Muslim, 4 bagi bumiputra bukan muslim dan 2 bagi bukan
bumiputra dan pengisian jawatan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK)
dan Ketua Kampung hendaklah dibuat melalui pemilihan dan bukan melalui
perlantikan.
Usul ini
adalah perlu atas sebab-sebab berikut:-
-
Untuk
kepentingan integrasi nasional dan keadilan kaum, jawatan dan
tanggungjawab di dalam perkhidamatan awam dan badan berkanun di negeri
Sabah haruslah diagih-agihkan dengan cara yang terbaik.
-
Adalah
diperhatikan bahawa perlantikan dan kenaikan pangkat di dalam perkhidmatan
awam dan badan berkanun di negeri Sabah adalah tidak reflektif kepada
komposisi kaum di Sabah yang sebenar.
-
Adalah
perlu untuk menyediakan dasar yang jelas mengenai perlantikan, turun
pangkat dan naik pangkat dalam perkhidmatan awam dan badan berkanun.
-
Pengisian
jawatan Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung melalui pemilihan adalah lebih
demokratik dan boleh menanamkan komitment yang tinggi kepada pemegang
jawatan tersebut.
USUL
KETIGA
[USUL KEBUDAYAAN]
Dibawa oleh Biro Penerangan UPKO Pusat. Kongres kali ke-7 meluluskan usul
bahawa mulai tahun 2002, kesemua cawangan Upko yang bermajoriti daripada
rumpun Kadazandusun Murut ataupun mereka yang meraikan Hari Kaamatan,
hendaklah menubuhkan satu pasukan pemalu gong untuk tujuan memalu gong,
mengikut paluan dan bunyian gong masing-masing, selama tiga puluh minit iaitu
mulai 12.01 pagi hingga 12.30 pagi, 30 haribulan Mei, pada tiap-tiap tahun.
Bagi tahun
2002, acara ini akan dimuatkan dalam Malaysia Guiness Book Of Record sebagai
satu acara di mana bilangan pemalu gong yang terbanyak selama tiga puluh minit.
Paluan gong
juga akan dibuat oleh setiap cawangan UPKO dan juga mana-mana kampung ataupun
masyarakat. Kadazandusun Murut pada jam 12.01 pagi hingga 12.30 pagi pada 1
haribulan Mei di daerah pelancaran Hari Kaamatan peringkat Negeri pada
tiap-tiap tahun.
Untuk tujuan
ini pucuk pimpinan Upko hendaklah mengeluarkan satu surat pekeliling kepada
semua cawangan Upko melalui kesemua bahagian. Pengumuman juga hendaklah dibuat
melalui media massa untuk mempastikan kesemua ahli-ahli dan para pemimpin Upko
telah mendapat maklumat tentang ketetapan Upko ini.
UPKO juga
mengalu-alukan dan memberi galakan supaya persatuan-persatuan kesenian,
kebudayaan serta kesukuan ataupun mana-mana persatuan yang berasaskan kepada
suku bangsa Kadazandusun Murut, supaya mereka juga turut sama meraikan Hari
Kaamatan dengan cara menubukan pasukan pemalu gong dan seterusnya memalu gong
pada masa yang telah ditetapkan setiap tahun mulai tahun 2002.
Usul ini
adalah perlu atas sebab-sebab berikut :-
-
Setakat
ini perayaan Hari Kaamatan belum lagi mempunyai satu indentiti perayaan
yang menyeluruh seperti mana pembakaran mersun bagi Tahun Baru Cina pada
setiap tahun perayaan Tahun Baru Cina.
-
Setakat
ini bahang Hari Kaamatan hanya dirasai apabila satu-satu kampung ataupun
peringkat daerah dan negeri meraikan Hari Kaamatan.
-
Upko
harus meluluskan usul ini kerana salah satu daripada perjuangan Upko
adalah untuk memartabatkan identiti suku bangsa Kadazandusun Murut.
Perayaan Hari Kaamatan adalah salah satu daripada indentiti suku bangsa
Kadazandusun Murut yang penting.
"MISOMPURU
TOKOU WAGU"