|
KONGRES PDS
yang Keempat telah
diadakan di Pacific Sutera Hotel pada 14-15
Ogos 1998. Tema Kongres tersebut ialah
Bergerak, Berjuang, Berwawasan.
Kongres yang telah dirasmikan oleh YAB
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad itu telah memperlihatkan beberapa
intipati.
Yang paling menarik ialah ucapan dasar
Presiden, YAB Tan Sri Bernard Dompok yang
disifatkan oleh Perdana Menteri sebagai
berani kerana kesediaan beliau membongkar
kegairahan ahli-ahli politik Sabah
menubuhkan parti-parti politik.
Turut menarik dalam kongres keempat PDS ini
ialah, pembentangan usul yang hangat
dibahasakan iaitu;
Pertama, usul membenarkan nama Kadazandusun
selain daripada nama Kadazan dan Dusun dalam
pendaftaran kelahiran anak.
Usul kedua ialah saranan membenarkan
penggunaan nama keluarga selain daripada
nama Ibu Bapa dalam surat berank dan Kad
Pengenalan untuk masyarakat Kadazandusun
Murut.
Kongres Keempat PDS ini juga meluluskan usul
menyokong semua langkah-langkah kerajaan
Barisan Nasional dalam usaha memulihkan
ekonomi negara.
Kongres ini juga telah meluluskan satu usul
terima kasih kepada pucuk pimpinan Barisan
Nasional atas perlantikan Presiden PDS YAB
Tan Sri Bernard Dompok sebagai Ketua Menteri
Sabah.
Usul yang di bentangkan oleh Timbalan
Presiden PDS, YB Datuk Wilfred Bumburing
tersebut telah diterima dengan sebulat suara.
"BERGERAK, BERJUANG, BERWAWASAN"
|